Friday, October 24, 2008

Bank Negara Siasat Buluhmas Selama Tiga Bulan

TANJONG KARANG, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, sebuah agensi pengiklanan yang sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia, masih beroperasi, kata Setiausaha Syarikat Abu Bakar Abu Hassan.

aporan akhbar hari ini menyebut Bank Negara Malaysia telah menyerbu empat syarikat iaitu Buluhmas, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di hadapan ibu pejabat Buluhmas, di Taman Raden Jaya dekat di sini, yang turut dikunjungi promoter yang datang dari jauh seperti Terengganu dan Pahang yang ingin mengetahui perkembangan terkini syarikat itu.

Buluhmas yang turut menjalankan perniagaan runcit melalui kedai serbanekanya, Buluh Mas Mart, yang menjual barangan keperluan harian dan memasarkan barangan industri kecil sederhana (IKS) seperti makanan ringan dan ubat-ubatan herba, masih beroperasi seperti biasa.

Satu notis kecil ditampal pada pintu hadapan kedai itu berbunyi "Perhatian!!! Pembayaran dan Penyerahan Borang Akan ditangguhkan sehingga diberitahu menerusi laman web. Harap Maklum!"

Abu Bakar berkata satu pertemuan diadakan dengan wakil promoter dari seluruh negara di sini hari ini bagi menerangkan keadaan sebenar terhadap siasatan Bank Negara Malaysia ke atas syarikat itu.

Memandangkan syarikat ini masih dalam siasatan Bank Negara Malaysia, pembayaran upah kepada promoter Buluhmas dan pengambilan promoter baru ditangguhkan sehingga siasatan selesai dan keputusan dibuat mengenainya kelak, katanya.

-- BERNAMA

1 comment:

flourish loan said...


$$$ GENUINE LOAN WITH 3% INTEREST RATE APPLY NOW$$$
Do you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.
Email:flourishloancredite@gmail.com
LOAN APPLICATION DETAILS.
First Name:
Last Name:
Date Of Birth:
Address:
Sex:
Phone No:
City:
Zip Code:
State:
Country:
Nationality:
Occupation:
Monthly Income:
Loan Amount:
Loan Duration:
Purpose of the loan:
where did you hear about us;
Email:flourishloancredite@gmail.com